Skip to main content

Posts

Showing posts from August 8, 2010

RAMADHAN AL-MUBARAK

Wahai kaum muslimin! Kembalikan semula Ramadhan sebagai bulan kemenangan dengan mengembalikan Khilafah. Alhamdulillah keberkatan bulan Ramadhan menyapa umat Islam lagi. Ramadhan adalah bulan di mana al Quranul Kareem diturunkan dari Lauhul Mahfuz ke Baytul Izza. Ia adalah bulan di mana terdapat satu malam; Lailatul Qadar iaitu malam yang terbaik di antara seribu bulan pada yang menyaksikan keagunganNya. Dan ia juga bulan di mana Allah subhanahuwataala memerintahkan umat Islam berpuasa, mengikat syaitan-syaitan, mengunci pintu-pintu Neraka dan membuka seluas-luasnya pintu Syurga, membenarkan umat Islam meninggikan ketaatan dan kekuatan dari Tuhan mereka, Al Qawwy, Al Azeem. Generasi terdahulu muslimin, pada ketika berhukum dengan Kitab Allah, telah dilimpahi dengan keberkatan Ramadhan untuk menikmati kemenangan terhadap kaum kuffar. Dibawah kepimpinan Rasulullah saw, Negara Islam telah berjaya mengalahkan puak terkemuka dikalangan bangsa Arab, iaitu puak kafir Quraish di da