Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Warkah untuk si dia

Tolong sampaikan pada si dia.. Tolong beritahu si dia,aku ada pesanan buatnya.. Tolong beritahu si dia,cinta agung adalah cintaNya.. Tolong beritahu si dia,cinta manusia bakal membuatnya alpa.. Tolong nasihati si dia,jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai Yang Maha Esa.. Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.. Tolong nasihati si dia,jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.. Tolong katakan pada si dia,dahulukan Allah kerana di situ ada syurga.. Tolong katakan pada si dia,dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya.. Tolong ingatkan si dia,aku terpikat kerana imannya bukan rupa.. Tolong ingatkan si dia,aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.. Tolong ingatkan si dia,aku kasihinya kerana santunnya.. Tolong tegur si dia,bila dia mengagungkan cinta manusia.. Tolong tegur si dia,bila dia tenggelam dalam engan-angannya.. Tolong tegur si dia,andai nafsu mengawal fikirannya.. Tolong sedarkan si dia,aku milik Yang Maha

SeseKali biLa TerjaGa..

Salamullahi 'alaikum warahmatullah... Sungguh indah ciptaan tuhan bile kite melihat dgn mata kasar yg penuh dgn penipuan..apabila yg cantik itu bertukar menjadi buruk dan hodoh bile di pandang.tak berguna lah pandangan basirah yg di kurnia kan oleh sang maha pencipta kepada setiap makhlukNYA.hanya pada zahir tapi bukan lah pada batin insan yg melihat akan ciptaanNYA.amat rugi manusia yg bernama insan di kurnia kan akal kpd nye jika tidak mengambil iktibar dan pengajaran akan ape yg telah terjadi..sesekali kite perlu melihat dgn lebih jauh utk menuju kejayan lebih2 lg kejayaan yg hakiki iaitu menuju syurga ilahi...yg kekal abadi didalam nye.medan yg perlu kite sumue tuju dan kecapi nikmat yg akan di berikan oleh rabbul 'zzati.. Dunia penuh yg penipuan..di hidang kan dgn bermacam nikmat sehingga kite lupe. bukan melayu sahaja mudah lupe tetapi semua insan itu mudah lupe.apabila di goda dgn bisikan wanita yg menggoda maka abis hancur la si teruna..tercipta lah zina di setiap pelus

BeRJuTa-JuTa sTanZa

Ingin sekali aku menulis nota cinta untuk-Mu, Nota cinta yang sudah lama tidak kutuliskan untuk-Mu, Bersama embun titisan air mata cinta pada-Mu. Ingin sekali aku mengarang nota cinta buat-Mu, Nota cinta yang sudah lama tidak kukarang buat-Mu, Bersama bunga perasaan rindu yang menggebu-gebu. Ingin sekali aku mengirim nota cinta pada-Mu, Nota cinta yang sudah lama tidak dikirim pada-Mu, Bersama wangian kesetiaan yang yakin dan padu. Jika ku tulis, ku karang lalu kirim padaMu, Masihkah Kau sudi membacanya seperti dulu? Suatu nota dari seorang aku, Yang hina lagi jahil malah kaku, Dalam menanggapi erti cinta sejati dariMu. Jika ku tulis, ku karang lalu kirim pada-Mu, Sudikah Kau membalasnya buat diriku? Sebuah nota pada seorang aku, Yang curang tak bererti lagi buntu, Dalam menanggapi erti kehambaan pada-Mu Ingin sekali aku memberikan nota cinta untuk-Mu, Tapi aku malah jadi tidak tahu, Mahu bermula dari mana, Mahu mengakhirkan bagaimana. Apakah masih pantas untuk mulutku yang hina ini, M