Skip to main content

Cinta???

Assalamualaikum...

Alhamdulillah akhir nye saye dapat mengupdate blog saye nie kerana sudah lame saye tak mengupdate blog saye nie..Rakan-rakan saye pon da muak cakap dgn saye supaya saye mengupdate blog ni semula..Bukan tak nak update tapi ade sebab-sebab tertentu yg saye perlu selesai kan...insya-allah pada kali ini saye akan membicarakn tentang CINTA..saye percaya ramai dikalangan sahabat-sahabat saye di luar sana sedang dilamun CINTA..terutamanya kepada mereka yg sedang menuntut ilmu di IPTA atau pon di IPTS..tak terlepas juga yang sedang menuntut ilmu di luar negara..tak kira lah di mesir mahu pon di man-mana negara yang mereka sedang menunutut ilmu...bak kata orang cinta itu buta, tak kira ape bangse sekali pon, lelaki mahu pon perempuan..semuanye tidak akan dapat lari dari episod cinta dalam hidup mereka...

Apakah yang di maksud kn dengan CINTA??? (Al-Hubb)

Cinta ialah Al-Widaad yakni kecenderungan hati pada yang dicintai, dan itu termasuk amalan hati, bukan amalan anggota badan/dhahir. Pernikahan itu tidak akan bahagia dan berfaedah kecuali jika ada cinta dan kasih sayang diantara suami-isteri. Dan kunci kepada CINTA adalah pandangan.

Itulah maksud cinta yang kita tidak tahu selama ini.yang hanya kite tahu adalah die sayang aku dan aku sayang die.Fakta itu adalah salah sama sekali kerana hati memainkan peranan yang penting dalam percintaan dan pernikahan seseorang..

Telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Nasa’i dari Mughirah bin Su’bah r.a berkata : “Aku telah meminang seorang wanita”, lalu Rasulullah Sawbertanya kepadaku : “Apakah kamu telah melihatnya ?” Aku berkata : “Belum”, maka beliau bersabda : “Maka lihatlah dia, kerana sesungguhnya hal itu pada akhirnya akan lebih menambah kecocokan dan kasih sayang antara kamu berdua”.

Pada zaman ini ramai yang tidak faham akan erti CINTA bahkan takut dengan CINTA itu sendiri kerana akan menjerumuskan diri kelembah maksiat yang kite takut selama ini.Adakah betul akan kelembah maksiat?????? Memang betul sama sekali kalau tidak betul caranya dalam menjaga batas-batas yang telah di syariatkan di dalam islam...

Sesungguhnya saya tahu bahwa kebanyakan dari golongan pemuda dan pemudi, mereka takut membicarakan masalah “cinta”, bahkan umumnya mereka mengatakan cinta adalah perkara-perkara yang haram, kerana itu mereka merasa menghadapi cinta itu dengan keyakinan dosa dan mereka mengira diri mereka bermaksiat, bahkan salah seorang diantara mereka memandang, bila hatinya condong pada seseorang bererti dia telah berbuat dosa.

Kenyataannya, bahawa di sini banyak sekali kerancuan-kerancuan dalam pemahaman mereka tentang “cinta” dan apa-apa yang tumbuh dari cinta itu, dari hubungan antara lelaki dan perempuan. Dimana mereka beranggapan bahawa cinta itu suatu maksiat, karena sesungguhnya dia memahami cinta itu dari apa-apa yang dia lihat dari lelaki-lelaki rosak dan perempuan-perempuan rosak yang diantara mereka menegakkan hubungan yang tidak disyariatkan. Mereka saling duduk, bermalam, saling berdua-duan, saling menari, dan minum-minum, bahkan sampai mereka berzina di bawah semboyan cinta. Mereka mengira bahawa ‘cinta’ tidak ada lain kecuali yang demikian itu. Padahal sebenarnya tidak begitu, tetapi sebaliknya.

Sesungguhnya kecenderungan seorang lelaki pada wanita dan kecenderungan wanita pada lelaki itu merupakan syahwat dari syahwat-syahwat yang telah Allah hiaskan pada manusia dalam masalah cinta. Ertinya Allah menjadikan di dalam syahwat apa-apa yang menyebabkan hati lelaki itu cenderung pada wanita, sebagaimana firman Allah Swt :

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu : wanita-wanita, anak-anak,..." Ali-’Imran : 14

Allah lah yang menghiasi bagi manusia untuk cinta pada syahwat ini, maka manusia mencintainya dengan cinta yang besar, dan sungguh telah tersebut dalam hadits bahwa Nabi Saw bersabda :

"Diberi rasa cinta padaku dari dunia kalian : wanita dan wangi-wangian dan dijadikan penyejuk mataku dalam sholat" HR Ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi.




Andaikan tidak ada rasa cinta lelaki pada wanita atau sebaliknya, maka tidak akan ada pernikahan, tidak ada keturunan dan tidak ada keluarga. Namun, Allah Swt tidaklah menjadikan lelaki cinta pada wanita atau sebaliknya supaya menumbuhkan diantara keduanya hubungan yang diharamkan, tetapi untuk menegakkan hukum-hukum yang disyari’atkan dalam bersuami isteri, sebagaimana tercantum dalam hadits Ibnu Majah, dari Abdullah bin Abbas r.a berkata : telah bersabda Rasulullah Saw:


"Tidak terlihat dua orang yang saling mencintai, seperti pernikahan"



Dan agar orang-orang Islam menjauhi jalan-jalan yang rosak atau keji, maka Allah telah menyuruh yang pertamanya agar menundukan pandangan, kerana ‘pandangan’ itu kunci bagi hati, dan Allah telah haramkan semua sebab-sebab yang menyebab kepada fitnah, dan kekejian, seperti berduaan dengan orang yang bukan mahram, bersalaman, berciuman antara lelaki dan wanita, karena perkara ini dapat menyebabkan condongnya hati. Maka bila hati telah condong, dia akan sulit sekali menahan jiwa setelah itu, kecuali yang dirahmati Allah Swt.


Bahawa Allah tidak akan menyeksa manusia dalam kecenderungan hatinya. Akan tetapi manusia akan disiksa dengan sebab jika kecenderungan itu diikuti dengan amalan-amalan yang diharamkan. Contohnya : apabila lelaki dan wanita saling pandang memandang atau berduaan atau duduk cerita panjang lebar, lalu cenderunglah hati keduanya dan satu sama lainnya saling mencinta, maka kecondongan ini tidak akan menyebabkan keduanya disiksanya, karena hal itu berkaitan dengan hati, sedang manusia sukar untuk menguasai hatinya. Akan tetapi, keduanya diazab karena apa yang dia lakukan. Dan karena keduanya melakukan sebab-sebab yang menyampaikan pada ‘cinta’, seperti perkara yang telah kami sebutkan. Dan keduanya akan dimintai tajawab, dan akan diseksa juga dari setiap keharaman yang dia perbuat setelah itu.

Adapun cinta yang murni yang dijaga kehormatannya, maka tidak ada dosa padanya, bahkan telah disebutkan oleh sebahagian ulama seperti Imam Suyuthi, bahwa orang yang mencintai seseorang lalu menjaga kehormatan dirinya dan dia menyembunyikan cintanya maka dia diberi pahala. Dan dalam keadaan yang mutlak, sesungguhnya yang paling selamat yaitu menjauhi semua sebab-sebab yang menjerumuskan hati dalam persekutuan cinta, dan mengantarkan pada bahaya-bahaya yang banyak, namun …..sangat sedikit mereka yang selamat....

Itu lah sedikit ilmu yang saye dapat sampaikn kepada sahabat-sahabat yang membace blog saye ini..Marilah kite menjage kehaormonian cinta kite..ape yang penting sekali adalah cintailah ALLAH dan RASUL-NYA melebihi cinta kepada manusia...

Wallahu warasuluhu a'alam......



Comments

  1. assalamualaikum
    wah cantik blog..kagum ^.^
    tersentuh dgn nukilan en.shahid
    cey..
    smoga en.shahid pn dpt jmpe cinta yg dicari2 mcm sahabat2 lain..amin

    -alia

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pulang Nya Sang Murabbi

  Ustaz Mohd Khairi bin Zainudin انا لله وانا اليه راجعون اللهم اغفـر له وارحمه و اعف عنه وأكرم نزله ووسع مدخله واغسله بالماء والثلج و البرد و نقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس و أبدله دارآ خيرآ من داره و أهلآ خيـرآ من أهله و قه فتنة القبر وعذاب النار. نسأل الله لجميع موتى المسلمين الرحمة والمغفرة.

BuEk BiNi Den

Timo kasih sobab marah den tido lambek buleh den bongka awal lopeh tu kito subuh samo-samo kalau den x bongka cubit la sikit bagi bongka den x marah do.. cubit la..lagi den sayang samo bini den buek bini den yg cun melucun timo kasih jago makan minum den makin membuncit den sekarang ni x do la kuruih mcm dulu al-maklum la... bini mano nk tengok laki eh mcm papan kan lopeh tu takot di kobeh dek org ko ensem bona jangan risau.. cinta den hanyo lah utk bini den sorg buek bini den yg sweet n cute timo kasih sobab komeh kn rumah den nie pemaleh skit nk nolong ado maso den nolong yo kn..keh3 siap kn diri den yg teruruih ni ha... maso bolom kawin mcm rumah runtuh bilo da kawin nie baju den di gosok eh rambut den di sikat eh mcm2 laie la den koba... tu la..... den nk koba nie den cinto samo bini den walau pon den x sesempurno saidina ali...