Skip to main content

JaNgAn JaNgAn JaNgAn!!!!

"Dan janganlah kamu campakkan diri kamu kedalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baik lah.Bertaqwa lah. Sesungguh nya Allah suka kepada orang-orang yang yang berbuat baik".

Surah Al-Baqarah : 195


Berdasarkan firman Allah swt di atas kita dapati bahwa Allah swt melarang kite sume berbuat zalim atau menzalimi diri sendiri dan juge orang lain.tidak kire dalam ape bentuk sekali pon. mari kite open pemikiran kite dengan tajuk nie.bukan sekadar zalim dengan orang dan diri sendiri, tapi yang banyak berlaku tanpe kite sume sedar adalah zalim dengan allah swt. iutlah yang banyak berlaku pada zaman sekarang nie.tanpa kite sedar dan ketahui kite mendapat dose kering.zalim terhadap allah dan rasul-allah.apekah itu yang kite mahukan????

Definisi zalim : sesuatu perbuatan atau tindakan yang melampaui batas dan meletakkan sesuatu pada bukan tempat nye.zalim terbahagi kepada tiga bahagian.

1. Zalim kepada Allah swt.Iaitu mensyirikkan Allah swt.menyembah selain dari allah swt. mari kite ingat balik pesanan luqman al-hakim kepada anak nye."sesungguhnye syirik itu kezaliman yang paling besar".surah luqman : 13.

2. Zalim terhadap diri sendiri.membuat perkara yang di larang oleh allah swt.

3. Zalim sesama manusia.seperti memukul, mencaci dan selain nye.


Penafian iman seseorang yang melakukan kezaliman.

Banyak hadis yang menunjukkan rasulallah saw menafikan keimanan seseorang yang melakukan kezaliman tidak kira dalam ape bentuk sekali pon.ini menunjukkan perbuatan zalim ini adalah perkara yang terkutuk bagi orang yang beriman. Diriwayatkan oleh Abu Syuraih sabda bagida saw : "Demi Allah tidak beriman, demi allah tidak beriman, demi allah tidak beriman".kemudian sahabat bertanya "siapakah yang tidak beriman?" baginda menjawab "iaitu orang yang tidak berbuat baik kepada jiran nye". di dalam hadis lain ade menyebut "tidak lah berzina seorang penzina di dalam keadaan beiman, tidak lah mencuri seorang pencuri di dalam keadaannya beriman, tidak lah mabuk sseorang yang meminum arak di dalam keadaan beriman" hadis riwayat Iman Bukhari dan Muslim.

Ibnu Batthal mengatakan ahlus sunnah menafsirkan keimanan yang disebut di dalam hadis di atasa adalah keimanan yang sempurna.ini di sebabkan orang yang sedang melakukan kemaksiatan iman berada di tahap yang rendah daripada orang yang tidak melakukan kemaksiatan. Imam Nawawi telah berkata "Pendapat yang benar di kemukakan oleh para ulama muhaqqiq(ahli penelitian) bahwa orang yang melakukan kemaksiatan tidak melakukan maksiat di dalam keadaan iman nye sempurna.


Realiti rakyat kite di malaysia banyak yang menzalimi sesama sendiri dan diri sendiri malah ade yang lebih teruk melakukan kazaliman terhadap allah swt.na'uzubillah.seprti contoh kite lihat berapa ramai perokok tegar di malaysia.itu adalah salah satu bahagian zalim iaitu menzalimi diri sendiri.dan ade yang lebih teruk melakukan zina sehingga melahirkan anak luar nikah.mereka bukan sahaja melakukan maksiat malah sanggup mebunuh anak tersebut.ini yang banyak berlaku di dalam masyarakat kite zaman sekarang.tidak lagi memandang takot kepada undang-undang allah swt.malah mereka semua mengikut hawa nafsu semata-mata.firman allah swt di dalam surah Qasas ayat 50 "maka apabila mereka tidak lagi memenuhi seruanmu wahai muhammad, ketahuilah bahwa sesungguhnye mereka itu hanyalah mengikuti hawa nafsu mereka.dan siapakah yang lebih sesat daripada mereka orang yang mengikuti hawa nafsunye tanpa petunjuk dari allah swt.sesungguhnye allah swt tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang zalim".

Banyak lagi perkara yang kite boleh kupas dengan tajuk ini.saya ingin soal kepada sahabat2.berapa ramai anak muda yang solat 5 waktu??dan berapa ramai wanita yang menutup aurat bile keluar dari rumah??berapa ramai anak muda merempit??dan berapa ramai kah remaja yang boleh mebaca al-quran??

Mari lah same2 kite bermuhasabah dan berfikir kenapa allah menciptakan akal untuk manusia..dan mengapa harus ada perkara yang tidak sepatot nye berlaku di dalam diri kite dan di dalam masyarakat umum nye...same2 la kite fikir kan...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

InNi AkhAFullAha RabBaL 'aLaMin

Sesungguhnye orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabile di sebut nama allah gementarlah hati mereka, dan apabile di bacekan kepada mereka ayat-ayatNYA, bertambahlah iman mereka (keranaNYA) dan kepada tuhanlah mereka bertawakal. surah Al-Al-Anfal : 2

Pulang Nya Sang Murabbi

  Ustaz Mohd Khairi bin Zainudin انا لله وانا اليه راجعون اللهم اغفـر له وارحمه و اعف عنه وأكرم نزله ووسع مدخله واغسله بالماء والثلج و البرد و نقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس و أبدله دارآ خيرآ من داره و أهلآ خيـرآ من أهله و قه فتنة القبر وعذاب النار. نسأل الله لجميع موتى المسلمين الرحمة والمغفرة.

Warkah untuk si dia

Tolong sampaikan pada si dia.. Tolong beritahu si dia,aku ada pesanan buatnya.. Tolong beritahu si dia,cinta agung adalah cintaNya.. Tolong beritahu si dia,cinta manusia bakal membuatnya alpa.. Tolong nasihati si dia,jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai Yang Maha Esa.. Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.. Tolong nasihati si dia,jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.. Tolong katakan pada si dia,dahulukan Allah kerana di situ ada syurga.. Tolong katakan pada si dia,dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya.. Tolong ingatkan si dia,aku terpikat kerana imannya bukan rupa.. Tolong ingatkan si dia,aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.. Tolong ingatkan si dia,aku kasihinya kerana santunnya.. Tolong tegur si dia,bila dia mengagungkan cinta manusia.. Tolong tegur si dia,bila dia tenggelam dalam engan-angannya.. Tolong tegur si dia,andai nafsu mengawal fikirannya.. Tolong sedarkan si dia,aku milik Yang Maha...