Ape yang ade dalam bulan zulhijjah nie??ape lebih nye bulan zulhijjah??
Allah swt telah berfirman di dalam surah Al-Fajr ayat 1 yang bermaksud :
"Demi fajar dan hari-hari yang sepuluh"
Ulama berdalilkan hadis ini galakan atau sunat berpuasa pada sembilan hari terawal daripada sepuluh zulhijjah keran puase juge termasuk dalam ketogeri amalan soleh.perkare nie di sebab oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar ra. rasulallah saw. bersabda “Tidak ada dari hari-hari yang lebih dikasihi Allah untuk dipenuhi dengan ibadah kepada-Nya daripada 10 hari terawal dari bulan Zulhijjah; puasa setiap hari daripadanya menyamai puasa setahun, solat pada setiap malam daripadanya menyamai solat pada malam al-Qadar”.
Amalan-amalan utama di bulan zulhijjah.
Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar. Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al- Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya:
“Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada
mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu..”
(Al-Hajj : 28).
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.
Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan Hari Arafah :
“Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah”
(Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.
Melakukan lain-lain amalan seperti bersedekah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.
Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.
Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.
Berkorban : Allah SWT berfirman : Ertinya : “Dan berdoalah dan berkorban”.
Allah SWT juga menyebut : Ertinya : “Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati” (Al-Hajj : 32)
Ulama berkata 10 kelebihan yang di beri kan oleh Allah swt kepada siape yang memuliakan bulan zulhijjah iaitu :
1. Berkat pada umurnya
2. Bertambah hartanya
3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.
Wallahuwarasuluhu a'lam
Comments
Post a Comment